Isnin, 7 Mac 2011

TEGUHKAN JIWAMU


Kehidupan tidak selalunya senang dan mendamaikan. Ketika kita belum puas meneguk erti kebahagiaan, keresahan mengintai dengan penuh cemburu dan irihati. Ketika kegembiraan baru memercikkan sinarnya, awan kesedihan tiba-tiba saja berarak memendungkan jiwa.

Inilah kehidupan. Simpang siurnya penuh keraguan dan jalannya dipenuhi ranjau dan duri yang melukakan hati. Betapa banyak jiwa yang tersungkur lesu sebelum tiba ke destinasi yang dituju.

Inilah kehidupan. Liku-likunya menyakitkan jiwa dan kesulitannya begitu menekan. Ada masa-masa mendaki hingga kita terpaksa memerah tenaga dan segala kemampuan yang kita ada hingga ada saatnya kita tersimpuh lesu.

Ya, inilah kehidupan. Jalannya begitu sukar dan membebankan, namun ia perlu diteruskan. Kita tidak diberi pilihan untuk menentukan halangan bagaimana yang ingin dan sanggup kita tempuhi dan kedamaian bagaimana yang kita ingin corakkan pada laluannya. Tangisan bukan penyelesaian, begitu juga dengan keluhan dan kegelisahan. Kesedihan tidak akan meninggalkan kita hingga kita sendiri yang menghindarinya. Segala keputus asaan tidak kan terusir dengan kebencian.

Yang lebih besar dari segala kesulitan, kepayahan dan bebanan itu ialah bagaimanakah sikap kita untuk berdepan dengan segalanya; adakah kita ingin menempuhinya dengan kekecewaan, putus harapan dan kesedihan atau kita ingin hadapinya dengan ketabahan, kepasrahan dan teguh hati.

Teguhkanlah jiwamu

Kerna hidup ini untuk ditempuhi

Bukan ditangisi

Teguhkanlah jiwamu

Agar terlerai segala kesulitan dan kesempitan

Biar semalam berlalu bersama segala kesedihan

Dan esok menanti bersama seribu janji dan impian

Teguhkan jiwamu

Bersama kepasrahan dan pengharapan

Dengan jiwa terbuka, kenal diri dan kenal Tuhan

Sambutlah hari ini dengan lagu kedamaian

Bersama alunan paluan semangat baru

broUmar.langitilahi.

sekadar perkongsian ... moga tabah mengharungi hidup...ada masa kita bersemangat waja melaksanakan segala amanah yang dijaga..tapi ada masanya kita hampir terduduk & terasa sukar untuk bangun bila diasak dengan kesulitan & kepayahan yang terpaksa dilalui sepanjang amanah itu tergalas di bahu kita ..mna satu pilihan kita..samaada mahu terus duduk serapat-rapatnya atau bangkit semula dengan azam yang baru..pilihlah yang menguntungkan diri..hakikatnya jalan ini harus kita lalui samada kita suka atau tidak ..(^.^)

"Adakah patut kamu menyangka bahawa kamu akan masuk syurga, padahal belum sampai kepada kamu (ujian dan cubaan) seperti yang telah berlaku kepada orang-orang yang terdahulu daripada kamu? mereka telah ditimpa kepapaan (kemusnahan hartabenda) dan serangan penyakit, serta digoncangkan (oleh ancaman bahaya musuh), sehingga berkatalah Rasul dan orang-orang yang beriman yang ada bersamanya: Bilakah (datangnya) pertolongan Allah?" ketahuilah Sesungguhnya pertolongan Allah itu dekat (asalkan kamu bersabar dan berpegang teguh kepada agama Allah)."

(Al-Baqarah: 214)


KREDIT: adibah amju



Ahad, 6 Jun 2010

.....

~~null..

akan update semula nanti..i'll be back...